CyberSecurity 365

Get latest events related to Cybersecurity Malaysia here

Share this page :

MAJLIS PELANCARAN "RUNHACK: SCAM ALERT! 2023"

  11 views           Others           7 November 2023           Cyberjaya

MAJLIS PELANCARAN “RUNHACK: SCAM ALERT! 2023”

CYBERJAYA (7 November 2023) – CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber dengan kerjasama Synapze Sdn Bhd serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran “RUNHACK: SCAM ALERT! 2023”. Majlis disempurnakan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital.

Program berkonsepkan larian santai sejauh lima (5) kilometer ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong usaha mendidik dan menyampaikan mesej-mesej mengenai jenayah penipuan dalam talian dan scam kepada orang ramai. Ia turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai modus operandi pelbagai jenis scam termasuk mempelajari tips pencegahan bagi mengelak daripada menjadi mangsa scam.

“RUNHACK: SCAM ALERT! 2023” akan diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Disember 2023 (Ahad), bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program menyasarkan 2,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk penyertaan berkeluarga, manakala penyertaan kanak-kanak berumur 12 ke bawah adalah percuma. Para peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima pingat larian, jersi “Run Hack” (dewasa sahaja), beg bertali serta pek makanan ringan.

Di sepanjang larian, para peserta akan melalui beberapa ‘checkpoint’, di mana mereka akan melakukan aktiviti bagi menguji tahap kesedaran serta kefahaman mereka tentang isu-isu berkaitan penipuan dalam talian dan scam. Selain larian, terdapat juga karnival yang menyediakan gerai-gerai pameran, juadah makanan dan minuman sihat, hiburan di pentas utama serta beberapa reruai foto untuk pengunjung melakukan swafoto. Untuk menyertai “RUNHACK: SCAM ALERT! 2023”, orang ramai boleh menghubungi Encik Izham di talian +6012 3024231 atau ke pautan pembelian tiket di http://t2u.asia/e/32615

Back
logo
CyberSecurity Malaysia is the national cyber security specialist agency under the purview of the Ministry of Digital (KD)
 
Contact Us

  • CyberSecurity Malaysia,
    Level 7 Tower 1, Menara Cyber Axis, Jalan Impact,
    63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

  • info@cybersecurity.my

  • +603 - 8800 7999

  • +603 - 8008 7000

TOP
ASK Byte
Chatbot Portal

Hi, I am ASK Byte. Please submit your questions about the portal and I will try to get answers from online knowledge stores.

Hi, Saya Admin Chatbot. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?

Click the button below to interact with the CSM chatbot

Proceed