CyberSecurity 365

Get latest events related to Cybersecurity Malaysia here

Share this page :

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TVET PLACE & TRAIN UTEM@KPT

  14 views           Others           16 January 2024           Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pada 16 Januari 2024, CyberSecurity Malaysia telah menyertai Majlis Pelancaran Program TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT yang dianjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Program ini bertujuan memperkukuhkan agenda TVET sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dan kemakmuran negara. Ianya seiring dengan komitmen yang tinggi untuk menjadikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu industri. 

Pada majlis yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri tersebut, satu program kerjasama Industry-MTUN Cyber Security Consortium melibatkan Universiti Teknologi Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, University Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Victory Recovery Resources Sdn Bhd, dan CyberSecurity Malaysia telah dimeterai. 

Antara kelebihan program ini ialah kemampuannya untuk memberdayakan kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang keselamatan siber melalui penyediaan program latihan modular yang merangkumi pelbagai aspek keselamatan siber. Seterusnya, nama pelajar yang telah dilatih dan disahkan akan dihantar ke dalam pangkalan data Pekerja Pengetahuan Keselamatan Siber Malaysia sebagai statistik pekerja pengetahuan negara.

Back
logo
CyberSecurity Malaysia is the national cyber security specialist agency under the purview of the Ministry of Digital (KD)
 
Contact Us

  • CyberSecurity Malaysia,
    Level 7 Tower 1, Menara Cyber Axis, Jalan Impact,
    63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

  • info@cybersecurity.my

  • +603 - 8800 7999

  • +603 - 8008 7000

TOP
ASK Byte
Chatbot Portal

Hi, I am ASK Byte. Please submit your questions about the portal and I will try to get answers from online knowledge stores.

Hi, Saya Admin Chatbot. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?

Click the button below to interact with the CSM chatbot

Proceed